Maklumat PETA

PERSATUAN PERANCANG BANDAR PIHAK BERKUASA TEMPATAN MALAYSIA (PETA)

Persatuan Perancang Bandar Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (PETA) telah ditubuhkan pada 24 September 2021 di Pulau Pinang dengan nombor pendaftaran 24092021. Pemilihan anggota pengurusan PETA dijalankan pada Mesyuarat Agong pertama pada 21 Disember 2022. Persidangan ini dihadiri oleh anggota Perancang PBT dari pelbagai jawatan bagi memilih Presiden dan Exco terlibat sesi 2023 – 2024.

Objektif PETA
  • Memartabatkan Profesion Perancang Bandar pihak berkuasa tempatan (PBT) melalui sistem penyampaian perancangan bandar yang professional, telus dan cekap kearah pembangunan negara yang produktif, mampan dan sejahtera
  • Memperkukuhkan hubungan strategik dengan sektor awam dan swasta, pertubuhan serta masyarakat.
  • Menjana pendapatan melalui penganjuran program, penghasilan produk, pelaburan serta pemilikan aset kearah sumber kewangan persatuan yang kukuh.
  • Mengeratkan ikatan persaudaraan, membela kebajikan ahli dan mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif kearah kesejahteraan fizikal, mental dan spiritual.
  • Meningkatkan jalinan kerjasama antara PBT melalui perkongsian pengetahuan, pengalaman dan amalan-amalan terbaik (best practices).
  • Ahli-ahli PETA terdiri daripada seluruh warga perancang bermula dari Penolong Pegawai Perancang, Pegawai Perancang sehingga peringkat tertinggi yang berkhidmat di Pihak Berkuasa Tempatan seluruh Malaysia.
Rakan Strategik PETA
3 RANGKAIAN

PETA sentiasa bekerjasama dan berkolaberasi antara agensi agensi berkaitan dalam memacu prestasi persatuan melalui program program, seminar, dan sesi libat urus.

AGENSI KERAJAAN
SWASTA
KOMUNITI
Sumber Perolehan Peruntukan
  • SUMBER PETA

  • PIHAK BERKUASA TEMPATAN

  • KERAJAAN NEGERI

  • KERAJAAN PUSAT

  • SEKTOR SWASTA

  • PERTUBUHAN LUAR

  • BADAN BUKAN KERAJAAN / KOMUNITI

Fokus Pengurusan PETA (2023 2026)
PETA menyasarkan 8 elemen penting dalam membantu melancarkan pengurusan PETA.
01
SEMINAR / BENGKEL

02
PAMERAN “SHOWCASE“

03
KECEKAPAN “BEST PRACTICE”

04
LIBAT URUS

05
PENGURUSAN HASIL & PERBELANJAAN

06
KEBAJIKAN

07
PENGURUSAN BAKAT

08
PROMOSI

ms_MYMalay