KEJOHANAN GOLF PETA 2025

Bersempena sambutan ulang tahun ke-3 penubuhan, Persatuan Perancang Bandar Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (PETA) dengan kerjasama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah menganjurkan Kejohanan Golf PETA 2025 bertempat di Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA), Bukit Kiara, Kuala Lumpur hari ini.

Kejohanan ini telah disertai seramai 128 peserta (32 flight) dengan menggunakan format Stableford System 36 (Handicap of the Day) dan dirasmikan oleh YBrs. Tuan Hj. Mohamad Zahri bin Hj. Samingon, Datuk Bandar Petaling Jaya.

Kemeriahan acara turut diserikan dengan kehadiran YB Datuk Dr. Haniff bin Zainal Abidin, Pegawai Kewangan Negeri Selangor, YBhg. Dato’ Johary bin Anuar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Pembangunan), YBrs. Tuan Aznan bin Haji Hassan, Timbalan Datuk Bandar Petaling Jaya, YBrs. Dato’ Puasa bin Md Taib, Ketua Penyelidik Selangor Greater Klang Valley serta delegasi dari South Korea City Council.

Penganjuran kejohanan ini bertujuan mengeratkan hubungan serta memperkukuh kerjasama antara ahli-ahli PETA dan rakan strategik melalui aktiviti sukan di samping meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai peranan perancang bandar PBT sebagai pemangkin kepada perancangan dan pembangunan negara yang mampan, pintar dan berdaya tahan.

PETA dan MBPJ merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta ucapan terima kasih kepada semua pihak atas kerjasama dan sokongan yang diberikan sepanjang kejohanan ini berlangsung.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada pemenang!

‘π‘ƒπ‘’π‘‘π‘Žπ‘™π‘–π‘›π‘” π½π‘Žπ‘¦π‘Ž π΅π‘Žπ‘›π‘‘π‘Žπ‘Ÿ π‘ƒπ‘Žπ‘™π‘–π‘›π‘” π΅π‘Žβ„Žπ‘Žπ‘”π‘–π‘Ž π‘‘π‘Žπ‘› π‘€π‘Žπ‘šπ‘π‘Žπ‘›’

#MalaysiaMadani
#πŠπ’π­πšπ’πžπ₯𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫 MajuBersama
#PJBandarPalingBahagiadanMampan
#MajlisBandarayaPetalingJaya
#VisitSelangor2025

Write a comment
ms_MYMalay