Maklumat Keahlian

Seluruh warga perancang pihak berkuasa tempatan
Jom mendaftar keahlian PETA

Pendaftaran terbuka kepada seluruh warga perancang bermula dari Penolong Pegawai Perancang, Pegawai Perancang sehingga peringkat tertinggi yang berkhidmat di Pihak Berkuasa Tempatan seluruh Malaysia.

Keistimewaan Ahli PETA

Setiap ahli PETA yang menyertai Persatuan Perancang Bancar Pihak Berkuasa Tempatan memperolehi keistimewaan seperti berikut:

Peluang Meningkatkan Kemahiran

PETA membantu setiap ahlinya yang berminat dalam meningkatkan kemahiran melalui bengkel-bengkel yang akan diadakan.

Membantu perancang PBT ke tahap lebih baik

PETA turut membantu warga perancang PBT dalam aspek pengurusan PBT yang efektif melalui perkongsian maklumat dan “Best Practice” ke arah penghasilan hasil yang optimum.

Menjamin Kebajikan Ahli PETA

PETA sentiasa membantu ahlinya dalam memastikan kebajikan ahlinya Program-program menarik dirangka untuk setiap ahli yang mendaftar.

Insentif Kepada Ahli PETA
GANJARAN INSENTIF
PELAJARAN ANAK

Mendapat CGPA >=3.5 (Diploma & Ijazah) – RM50.00
Mendapat CGPA >=3.5 (STPM) – RM50.00
Mendapat 7A (SPM) – RM 50.00
Mendapat Mumtaz (Sijil Menengah Agama) – RM50.00

REBAT
YURAN

Ahli menikmati rebat yuran dalam apa-apa program anjuran persatuan atau kerjasama persatuan dengan pihak lain.

SUMBANGAN
KEMATIAN

Waris akan menerima sumbangan sebanyak RM 200

Pasangan, Anak serta Ibu/Bapa kandung akan menerima sumbangan sebanyak RM 100

SAKIT

Sumbangan wang tunai sebanyak RM50.00 diberikan kepada ahli yang mendapat rawatan Hospital berada di wad sakit.

BERSARA

Sumbangan Cenderahati yang bernilai tidak lebih dari RM200 diberikan kepada ahli yang telah bersara.

BENCANA ALAM

Kutipan Khas bagi ahli yang  terjejas teruk dalam situasi bencana alam seperti kebakaran, banjir, tanah runtuh dan sebagainya.

MENGERJAKAN HAJI

Sumbangan wang tunai sebanyak RM100.00 kepada ahli mengerjakan IBADAT HAJI KALI PERTAMA.

Jenis Keahlian PETA

A.

Ahli Biasa Untuk mendaftar sebagai ahli biasa, syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

i. Kewarganegaraan : Malaysia
ii. Umur Minima : 21 Tahun
iii. Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Malaysia
iv. Keturunan/Bangsa : SEMUA
v. Jantina : LELAKI DAN PEREMPUAN
vi. Agama : SEMUA
vii. Yuran: RM10/setahun
viii. Kriteria Keahlian Yang Lain :

1. Ahli Biasa Terdiri Daripada Pegawai Perancang Bandar Atau Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa Bagi Jawatan Hakiki/Kontrak Yang Berkhidmat Di Pihak Berkuasa Tempatan.

2. Ahli Biasa Yang Telah Menjelaskan Yuran Keahlian Berhak Untuk Bersuara, Mengundi Dan Memegang Sebarang Jawatan Dalam Persatuan Mengikut Cara Yang Telah Ditetapkan Dalam Perlembagaan. Permohonan Keahlian Ini Hendaklah Dicadangkan Dan Disokong Oleh Seorang Ahli Jawatankuasa Dikemukakan Kepada Setiausaha Persatuan. Jawatankuasa Akan Meluluskan Permohonan Ini.

3. Ahli Biasa Tidak Boleh Melaksanakan Tugas Dan Tanggungjawab Sebagai Seorang Perancang Bandar Bagi Pihak Lain Selain Daripada Pihak Berkuasa Tempatan Di Malaysia.

B.

Ahli Bersekutu

Terbuka kepada mereka yang tidak memenuhi kriteria ahli biasa.

C.

Ahli Seumur Hidup

Untuk mendaftar sebagai ahli seumur hidup, syarat-syaratnya adalah sama seperti menjadi Ahli Biasa dan membayar yuran sebanyak RM200.

ms_MYMalay