MIP PETA President’s Trophy 2023 Golf Tournament

29 Oktober 2023 (Ahad) – Persatuan Perancang Bandar Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (PETA) dengan kerjasama Institut Perancang Malaysia (MIP) telah menganjurkan MIP PETA President’s Trophy 2023 Golf Tournament di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Kejohanan ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturahim di kalangan ahli PETA, MIP dan rakan strategik yang lain melalui aktiviti sukan dan riadah.

Sambutan menggalakkan di terima apabila seramai 128 orang peserta telah menyertai kejohanan yang julung-julung kali diadakan ini. Kejohanan turut diserikan dengan penyertaan dari tetamu kehormat Y.Bhg. Datuk Wira M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan Malaysia (KPKT).

Dengan menggunapakai mode of play : stableford system 36 (handicap of the day) kejohanan ini dimenangi oleh Encik Johan bin Abu Bakar dari Kwasa Damansara (38 point, hdcp 2), naib johan oleh Encik Tan See Lee dari Out of Home (38 point, hdcp 10) dan tempat ketiga oleh TPr. Zain Azly bin Abd Rahman dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya (37 point, hdcp 6).

Write a comment
ms_MYMalay