Jom Mendaftar Keahlian PETA

Pendaftaran terbuka kepada seluruh warga perancang bermula dari Penolong Pegawai Perancang , Pegawai Perancang sehingga peringkat tertinggi yang berkhidmat di Pihak Berkuasa Tempatan seluruh Malaysia.

KEISTIMEWAAN AHLI PETA
Setiap ahli PETA yang menyertai Persatuan Perancang Bandar Pihak Berkuasa Tempatan memperolehi keistimewaan seperti berikut:-

Peluang Meningkatkan Kemahiran
PETA membantu setiap ahlinya yang berminat dalam meningkatkan kemahiran melalui bengkel-bengkel yang akan diadakan.

Membantu perancang PBT ke tahap lebih baik
PETA turut membantu warga perancang PBT dalam aspek pengurusan PBT yang efektif melalui perkongsian maklumat dan “best practice ke arah penghasilan hasil yang optimum.

Menjamin Kebajikan Ahli PETA
PETA sentiasa membantu ahlinya dalam memastikan kebajikan ahlinya. Program-program menarik dirangka untuk setiap ahli yang mendaftar.

ms_MYMalay